Setujukah
Anda salah satu cara menyampaikan pesan yang efektif adalah melalui kisah? Siapa
diantara kita yang tidak menyukai mendengar sebuah kisah? Dari kecil hingga
dewasa sebagian besar orang masih senang dan gembira mendengar kisah yang mengambarkan
keberanian, kepahlawanan, pengorbanan, perjuangan, keteguhan, mempertahankan
iman dan membela islam.
Semua sifat
yang kita bicarakan diatas biasanya dimiliki oleh kaum adam (laki-laki). Tetapi, bagaimana jika sifat-sifat
keberaniaan dan kepahlawanan itu dimiliki oleh seorang wanita? Mari kita simak
ceritanya. Semoga mampu mencerahkan dan membakar semangat kita untuk lebih
banyak berbuat untuk dakwah islam.
Ummu
‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha atau dikenal juga sebagai Ummu Sulaim Rodhiallohhu ‘anha telah dirahmati dengan berbagai
kehormatan, diantaranya adalah kehadiran beliau di Uhud, al-Hudaibiyyah,
Khaibar, Hunain dan Peperangan Yamamah. Namun peranan beliau yang paling mulia
adalah ketika Peperangan Uhud.
Ummu
‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha telah menyertai peperangan tersebut
bersama suaminya, Ghaziya, berserta dua orang anak lelaki beliau. Tugas yang
dipertanggungjawabkan ke atas beliau adalah untuk memberi air kepada para
Mujahid yang cedera. Akan tetapi Allah SWT telah menetapkan satu peranan yang
lebih besar dan mulia untuk beliau. Maka beliau pun mengatur langkah
bersama-sama dengan keluarga beliau dengan sebuah Qirbah (tempat air terbuat
dari kulit kambing) untuk mengisi air.
Mereka tiba
di medan perang pada awal pagi hari. pasukan Islam, ketika itu, sedang
menguasai peperangan dan beliau telah pergi melihat keadaan Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam.
Pada masa yang sama sebilangan pasukan Islam telah membuat satu kesilapan yang
teramat besar - melihat pasukan Quraish mundur, mereka mulai berlari-berkejaran
mendapatkan harta-benda rampasan perang, melanggar perintah Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam supaya tetap di posisi mereka di atas bukit.
Khalib bin
Walid, (yang ketika itu belum lagi memeluk Islam), apabila melihat benteng
pertahanan yang telah terbuka itu kemudian memimpin serangan balasan ke atas
pasukan Islam. Kemenangan peperangan beralih kepada pihak Quraish. Dalam
suasana kalang kabut itu, banyak dari kalangan pasukan Islam panik dan mundur,
meninggalkan Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam bersama-sama sekumpulan kecil para Sahabat ra
. Di kalangan mereka ini termasuklah Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha .
Melihat
ramai dari kalangan pasukan Islam yang mundur, Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha kemudian berlari ke arah Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam dan mengangkat senjata demi mempertahankan
baginda Sholaullohhu ‘alaihi
Wassalam , bersama-sama dengan
suami dan kedua anak lelakinya.
Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam menyadari yang Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha tidak mempunyai perisai kemudian baginda Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam memerintahkan kepada salah seorang daripada
mereka yang sedang berundur supaya memberikan perisainya kepada Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha yang sedang bertarung. Setelah mendapat
perisai tersebut, Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu
‘anha mempertahankan Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam menggunakan busur, anak panah dan juga pedang.
Ummu
‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha diserang oleh pasukan berkuda tetapi beliau
tidak sekalipun gentar atau merasa takut. Beliau kemudian telah berkata,
“Apabila mereka itu tidak berkuda seperti kami, niscaya telah kami hancurkan
mereka, insya-Allah.”
Abdullah
ibn Zayed, anak lelaki beliau, telah mengalami cedera ketika peperaang
tersebut. Lukanya itu berdarah banyak sekali. Ibunya berlari kepadanya dan
membalut lukanya itu. Kemudian Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu
‘anha memerintahkan anak lelakinya itu, “Majulah dan
perangi mereka, anakku!”
Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam mengagumi semangat pengorbanan beliau dan
telah memuji beliau, “Siapakah yang dapat menanggung apa yang kamu mampu
tanggung, Ummu ‘Umarah!”
Tiba-tiba
lelaki yang telah melukai anak lelakinya mendekat dan Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam berkata kepada beliau bahwa inilah lelaki yang
melukai anaknya. Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu
‘anha dengan berani menantang lelaki tersebut, yang
menurut anak Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu
‘anha sendiri, adalah seperti pohon perdu yang
besar. Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu
‘anha melukai kaki musuhnya itu, menjatuhkannya
sehingga berlutut.
Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam tersenyum sehingga menampakkan gigi baginda Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam dan berkata, “Kamu telah membalasnya, Ummu
‘Umarah!” Setelah lelaki tersebut dibunuh, Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam kemudian berkata “Segala puji bagi Allah yang
telah memberikan kamu kemenangan dan menggembirakan kamu atas musuh kamu dan
mengizinkan kamu dapat menuntut balas.”
Pada satu
ketika, Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi
Wassalam telah tertinggal seorang diri. Melihat peluang
keemasan itu, pihak musuh, Ibn Qumay’a segera menyerang Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam sambil menjerit “Tunjukkan Muhammad padaku!
Aku takkan selamat sekiranya dia diselamatkan!”. Kemudian Mus’ab ibn ‘Umayr ra,
bersama-sama dengan beberapa orang sahabat yang lain, bergegas mempertahankan
Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi
Wassalam .
Ummu
‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha yang turut bersama-sama dengan mereka terus
menebas musuh Allah itu, walaupun dia memakai dua lapis baju besi. Ibn Qumay’a
berjaya melukai bagian leher Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu
‘anha , dan meninggalkan luka yang
parah.
Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam terus
memanggil anak lelaki Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu
‘anha , memerintahkannya membalut
luka ibunya sambil mendoakan kerahmatan dan kesejahteraan ke atas mereka dan
menyatakan kemuliaan mereka.
Ummu
‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha, bila
menyadari Rasulullah Sholaullohhu ‘Alaihi
Wassalam menyukai kesungguhan dan
keberanian beliau, kemudian meminta Rasulullah Sholaullohhu ‘Alaihi Wassalam supaya berdoa agar mereka dijadikan
Allah di kalangan sahabat-sahabat Rasulullah Sholaullohhu ‘Alaihi Wassalam di syurga nanti.
Setelah
Rasulullah Sholaullohhu ‘Alaihi Wassalam berdoa,
Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha kemudian berkata, “Aku tidak pedulikan apa
saja yang menimpaku di dunia ini!” Pada hari tersebut, Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha menerima tiga belas luka dan luka di lehernya
yang terpaksa dirawat selama setahun.
Beliau
kemudiannya juga menyertai Peperangan Yamamah, di mana beliau menerima sebelas
luka dan kehilangan tangan. Keberanian Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha menyebabkan semua para Sahabat ra menghormati
beliau, terutama para Khalifah yang akan mengunjungi beliau dan senantiasa
mempehatikan keadaan beliau.
Umar ibn
Khattab Rodhialluhhu ‘anhu telah
menerima kain-kain sutera yang sangat bagus buatannya. Salah seorang yang
berada di situ berkata bahawa kain tersebut sangat mahal dan Umar Rodhialluhhu ‘anhu sebaiknya
memberikannya kepada isteri Abdullah ibn Umar Rodhialluhhu ‘anhu, Safiyya bint Abu ‘Ubayd.
Umar Rodhialluhhu ‘anhu walau bagaimana pun
tidak mau memberikan kain tersebut kepada menantunya. “Ini adalah sesuatu yang
tidak akan kuberikan kepada ibn Umar. Aku akan berikan kepada seseorang yang
lebih behak keatasnya - Ummu ‘Umarah Nusayba bint Ka’b Rodhiallohhu ‘anha .”
Umar Rodhialluhhu ‘anhu kemudian menceritakan
bagaimana ketika Peperangan Uhud, beliau mendengar Rasulullah berkata bahawa
apabila baginda Sholaullohhu ‘Alaihi
Wassalam melihat ke kiri maupun ke
kanan, baginda melihat Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu
‘anha sedang bertarung di hadapan baginda Sholaullohhu ‘Alaihi Wassalam.
Inilah
kehidupan Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu
‘anha , pejuang yang tetap berdiri
apabila ramai yang mundur, yang menyuruh anaknya yang cedera parah kembali
menyertai peperangan yang sengit, dan yang siap menggadaikan nyawanya demi
menyelamatkan Rasulullah Sholaullohhu
‘Alaihi Wassalam. Sebagai balasan, beliau menerima doa agar dijadikan di
kalangan sahabat Rasulullah Sholaullohhu
‘Alaihi Wassalam di syurga.
Semoga Allah
SWT merahmati para Muslimah kita dengan keberanian, semangat pengorbanan dan
istiqamah yang sedemikian.
Gambat: dream
Gambat: dream
Jakarta, 30
Jumadil Awal 1438 H
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Terima Kasih telah singgah! Semoga kita segera berjumpa lagi. Saya memberi hormat atas dedikasi dan komitmen Anda untuk terus tumbuh menjadi pribadi yang lebih baik. Saya menantikan suatu waktu untuk dapat berjumpa dengan Anda suatu hari.